Penerbitan Satukan Rasa (lagu)

Menurut Nana, idea untuk berduet bersama Khai Bahar sudah lama difikirkan, tetapi kekangan masa masing-masing membuatkan perancangan itu terpaksa ditunda. Beliau berkata: "Hanya pada Mei 2019 kami buat keputusan untuk berduet. Saya hubungi Khai dan mencadangkan menyanyikan lagu duet, apatah lagi saya sudah agak lama tidak keluar dengan lagu baharu,".[3] Khai pula berkata: "Bagi saya, kelebihan berduet bersama Kak Nana adalah kerana nada suara kami yang lebih kurang sama. Jadi, apabila berduet ia mudah serasi. Dalam masa sama, hubungan rapat kami menjadikan kerjasama ini lebih mudah,".[4]